Free Blog Counter

Saturday, April 10, 2010

PERNAHKAH ANDA BERASA DITIPU?

PERNAHKAH ANDA BERASA DITIPU?

Jika ya, gunakan hak anda untuk mendapat ganti rugi. Iaitu hak mendapatkan penyelesaian tuntutan. Ia melibatkan hak untuk menerima pampa an bagi barangan atau perkhidmatan yang tidak bermutu.

Anda tidak perlu berasa risau atau teragak-agak untuk bertindak apabila berasa barangan yang diperolehi tidak bermutu. Ini kerana Terdapat banyak undang-undang yang berkaitan dengan hak mendapatkan ganti rugi. Antaranya ialah:

i. Akta jualan barangan 1977
ii. Akta Undang-undang Sivil
iii. Akta perihal dagangan, 1972
iv. Akta Perlindungan pengguna, 1999\Akta Kontrak 1950.

Bagaimanakah anda boleh ketengahkan tuntutan untuk mendapat gantirugi?

i. Tindakan diri sendiri.
ii. Aduan kepada pihak berkuasa

i. Tindakan diri sendiri: Kempen Konsumer Kebangsaan: Perubahan Bermula Dengan Saya.
Sesuai dengan Kempen Konsumer Kebangsaan 2008-2012.Eloklah jika ada sebarang ketidakpuasan tentang hak anda sebagai pengguna, mulakan dengan tindakan diri sendiri. Contohnya anda boleh berhenti menggunakan barangan berkanaan yang tidak bermutu. Selain dari itu anda boleh mengemukan aduan segera kepada pekedai tempat anda membeli barangan. Anda juga boleh menghantar balik barangan yang dibeli. Bawa resit atau sebarang bukti pembelian untuk melancarkan proses tuntutan dengan segera. Anda juga perlu bertenang menghadapi masalah barangan yang dibeli tidak menepati piawaian pengguna secara rundingan dengan pihak pengurus atau pemilik kedai.

ii. Aduan kepada pihak berkuasa

Anda boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa melalui secara bertulis atau melalui melalui telefon. Pastikan anda sertakan maklumat penting seperti tarikh kejadian, jenis barang, lokasi kedai, nombot resit dan sebagainya bagi memastikan aduan anda berkesan dan anda mendapat semula hak anda yang sewajarnya.
Anda boleh membuat aduan kepada persatuan-persatuan pengguna yang terdekat dengan anda atau mana-mana cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Anda juga boleh menggunakan alternative yang bebih serius melalui saluran Tribunal Tuntutan Pengguna, jika nilai tuntutan anda tidak melebihiRM25000.00.
Apa yang penting, kita sebagai pengguna mesti mempunyai kesedaran tentang hak-hak kita dan juga bertindak secara profesional agar semua pihak mendapat faedah secara relatifnya berkaitan isu kepenggunaan.

Selamat Datang

sjdgefkjdfhghk